Menyembunyikan foto dan video
Anda boleh menyembunyikan sebarang foto dan video dari skrin utama Album. Setelah
foto dan video disembunyikan dari skrin utama Album, foto dan video itu hanya dapat
dilihat dari folder Tersembunyi.
Untuk menyembunyikan foto atau video
1
Dalam Album, cari dan ketik foto atau video yang anda mahu sembunyikan.
2
Ketik skrin untuk memaparkan bar alat, kemudian ketik .
3
Ketik
Sembunyikan > OK.
Untuk melihat foto dan video anda yang tersembunyi
1
Dalam Album, seret sisi kiri skrin utama Album ke sebelah kanan, kemudian ketik
Tersembunyi.
2
Ketik foto atau video untuk melihatnya.
3
Kuis ke kiri untuk melihat foto atau video seterusnya. Kuis ke kanan untuk melihat
foto atau video sebelumnya.
Untuk menyahsembunyikan foto atau video
1
Dalam Album, seret sisi kiri skrin utama Album ke sebelah kanan, kemudian ketik
Tersembunyi.
2
Ketik foto atau video yang anda mahu nyahsembunyikan.
3
Ketik skrin untuk memaparkan bar alat, kemudian ketik .
4
Ketik
Jangan sembunyi.