Sony Xperia Z1 Compact - Tetapan kamera umum

background image

Tetapan kamera umum

Gambaran keseluruhan tetapan mod tangkapan

Auto superior

Optimumkan tetapan anda supaya sesuai dengan sebarang pemandangan.

Manual

Laraskan tetapan kamera secara manual.

Sound Photo

Ambil foto dengan bunyi latar.

Kesan AR

Ambil foto atau video dengan pemandangan dan watak maya.

Kesan kreatif

Gunakan kesan pada foto atau video.

Info-eye™

Dapatkan maklumat lanjut tentang perkara yang anda lihat dalam pemidang tilik kamera anda.

Timeshift burst

92

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Cari foto terbaik daripada letusan imej.

Sapuan Panorama

Ambil foto bersudut lebar dan panorama.

Untuk mengetahui lebih lanjut cara mengambil foto dengan lebih baik, pergi ke

www.sonymobile.com/support

.

Superior auto

Mode Superior auto mengesan keadaan di mana anda merakam dan melaraskan

tetapan secara automatik bagi memastikan anda mengambil foto terbaik yang mungkin.

Resolusi tertinggi yang disokong oleh mod Superior auto ialah 8MP. Jika anda mahu

mengambil foto dengan resolusi tertinggi, gunakan mod

Manual.

Mod manual

Gunakan Mod manual apabila anda ingin melaraskan tetapan kamera anda secara

manual untuk mengambil gambar atau video.

Kesan AR

Anda boleh menggunakan kesan AR (realiti tambahan) pada foto atau video anda dan

menjadikannya lebih menyeronokkan. Apabila menggunakan kamera, tetapan ini

membolehkan anda menyepadukan pemandangan 3D ke dalam foto atau video anda.

Hanya pilih pemandangan yang anda inginkan dan laraskan kedudukannya dalam

pemidang tilik.

Kesan kreatif

Anda boleh gunakan kesan yang berbeza pada foto dan video anda. Sebagai contoh,

anda boleh menambah kesan Nostalgia untuk membuat foto kelihatan lama atau kesan

Lakaran untuk imej yang lebih menyeronokkan.

Sweep Panorama

Anda boleh mengambil foto bersudut luas dan panoramik dari arah mendatar atau

menegak dalam gerakan tekan dan beralun yang mudah.

Untuk mengambil foto panorama

1

Aktifkan kamera.

2

Ketik , kemudian pilih .

3

Untuk memilih arah tangkapan, ketik

.

4

Tekan kekunci kamera dan gerakkan kamera perlahan-lahan dan dengan stabil ke

arah pergerakan yang ditunjukkan pada skrin.

Info-eye™

Aplikasi Info-eye™ membantu anda mencari maklumat tentang perkara-perkara di

sekeliling anda dengan menggunakan pemidang tilik kamera anda. Sebagai contoh,

anda boleh menangkap satu foto tanda tempat dan menerima maklumatnya pada skrin

anda. Atau anda boleh mengambil foto sebuah buku atau mengimbas QR code dan

mendapatkan maklumat latar belakang serta-merta.

Info-eye™ hanya boleh mengecam tanda tempat atau objek yang dipilih.

93

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Untuk mengimbas kod bar atau kod QR menggunakan Info-eye™

1

Aktifkan kamera.

2

Ketik , kemudian pilih .

3

Halakan kamera pada kod bar atau kod QR supaya kod tersebut kelihatan dalam

pemidang tilik, kemudian ambil fotonya.

4

Tunggu sebentar sehingga foto selesai dianalisis. Untuk melihat maklumat produk,

sentuh dan tahan

Butiran produk, kemudian seret ke atas.

Timeshift burst

Kamera mengambil letusan 61 gambar dalam tetingkap dua saat – satu saat sebelum

dan selepas anda menekan kekunci kamera. Jadi, anda boleh kembali dan mencari imej

yang sempurna.

Untuk menggunakan Timeshift burst

1

Aktifkan kamera.

2

Ketik , kemudian pilih .

3

Untuk mengambil foto, tekan kekunci kamera sepenuhnya ke bawah dan

lepaskannya. Foto yang diambil muncul dalam paparan imej kecil.

4

Tatal imej kecil dan pilih foto yang anda ingin simpan, kemudian ketik .

Memuat turun aplikasi kamera

Anda boleh memuat turun aplikasi kamera percuma atau berbayar dari Google Play™

atau sumber lain. Sebelum anda mula memuat turun, pastikan anda mempunyai

sambungan Internet yang berfungsi, lebih digalakkan melalui Wi-Fi® untuk mengehadkan

caj trafik data.

Untuk memuat turun aplikasi kamera

1

Buka aplikasi kamera.

2

Ketik , kemudian ketik

BOLEH DIMUAT TURUN.

3

Pilih aplikasi yang anda ingin muat turun dan ikut arahan untuk melengkapkan

pemasangan.

Pelancar pantas

Gunakan tetapan Pelancar pantas untuk melancarkan kamera apabila skrin dikunci.

Lancarkan sahaja

Apabila tetapan ini diaktifkan, anda boleh melancarkan kamera semasa skrin dikunci dengan menekan dan

menahan kekunci kamera.

Lancar dan tangkap

Apabila tetapan ini diaktifkan, anda boleh melancarkan kamera dan menangkap foto secara automatik

semasa skrin dikunci dengan menekan dan menahan kekunci kamera.

Lancar dan rakam video

Apabila tetapan ini diaktifkan, anda boleh melancarkan kamera dan mula merakam video semasa skrin

dikunci dengan menekan dan menahan kekunci kamera.

Matikan

Geoteg

Tag foto dengan butiran tempat anda mengambilnya.

Tangkapan sentuh

Kenal pasti kawasan fokus, kemudian sentuh skrin kamera dengan jari anda. Foto

diambil sebaik sahaja anda melepaskan jari anda.

Bunyi

Pilih untuk menghidupkan atau mematikan bunyi pengatup.

94

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Storan data

Anda boleh memilih untuk menyimpan data anda pada kad SD yang boleh ditanggalkan

atau pada storan dalaman peranti anda.

Storan dalaman

Foto atau video disimpan pada ingatan peranti.

Kad SD

Foto atau video disimpan pada kad SD.

Touch Block

Aktifkan untuk menyahdayakan operasi sentuh bagi mengelakkan sentuhan yang tidak

disengajakan.

Imbangan putih

Tetapan ini, yang hanya tersedia dalam mod tangkapan

Manual, laraskan imbangan

warna mengikut keadaan pencahayaan. Ini turut membolehkan anda melaraskan

dedahan secara manual dalam julat -2.0 EV hingga +2.0 EV. Contohnya, anda boleh

meningkatkan kecerahan imej atau mengurangkan dedahan keseluruhan dengan

mengetik kawalan tambah atau tolak sewajarnya apabila ikon tetapan imbangan putih

dipaparkan.

Auto

Melaraskan keseimbangan warna secara automatik agar disesuaikan kepada keadaan pencahayaan.

Pijar

Melaraskan keseimbangan warna untuk keadaan pencahayaan hangat, seperti di bawah mentol lampu.

Pendarfluor

Melaraskan keseimbangan warna untuk pencahayaan pendarfluor.

Siang hari

Melaraskan keseimbangan warna untuk keadaan luar yang cerah.

Mendung

Melaraskan keseimbangan warna untuk langit mendung.