Mengecas peranti anda
Peranti anda mempunyai bateri terbina dalam yang boleh dicas semula, yang seharusnya
digantikan oleh Sony atau pusat pembaikan Sony yang berdaftar sahaja. Jangan sekali-
kali cuba membuka atau meleraikan peranti ini sendiri. Membuka peranti boleh
menyebabkan kerosakan yang akan membatalkan waranti anda.
Bateri tercas sebahagiannya semasa peranti dihantarkan dari kilang. Bergantung kepada
berapa lama ia berada di dalam kotak sebelum anda membelinya, paras bateri mungkin
agak rendah. Oleh itu anda disyorkan mengecas bateri selama sekurang-kurang 30 minit
11
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
sebelum memulakan peranti anda buat pertama kali. Anda masih boleh menggunakan
peranti anda semasa ia sedang dicas. Baca selanjutnya tentang cara meningkatkan
prestasi bateri dalam
Bateri dan pengurusan kuasa
di laman 22.
Untuk mengecas peranti anda
1
Pasangkan pengecas ke dalam salur keluar kuasa.
2
Pasangkan satu hujung kabel USB ke dalam pengecas (atau ke dalam port USB
komputer).
3
Pasangkan satu lagi hujung kabel ke dalam port USB mikro pada peranti anda,
dengan simbol USB menghadap ke atas. Lampu pemberitahuan menyala apabila
pengecasan bermula.
4
Apabila peranti sudah dicas penuh, putuskan sambungan kabel dari peranti anda
dengan menariknya lurus keluar. Pastikan penyambung tidak bengkok.
Sekiranya bateri telah ternyahcas sepenuhnya, mungkin mengambil masa beberapa minit
sebelum lampu pemberitahuan menyala dan ikon pengecasan kelihatan.
Status lampu pemberitahuan bateri
Hijau
Bateri sedang dicas dan paras cas bateri lebih tinggi daripada 90%
Merah
Bateri sedang dicas dan paras cas bateri kurang daripada 15%
Jingga
Bateri sedang dicas dan paras cas bateri kurang daripada 90%
12
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.