Gambaran keseluruhan aplikasi
Gunakan aplikasi Penggera & jam untuk menetapkan pelbagai jenis penggera.
Gunakan penyemak imbas web anda untuk menavigasi dan melihat halaman
web, mengurus penanda buku, teks dan imej.
Gunakan aplikasi Kalkulator untuk melaksanakan pengiraan asas.
Gunakan aplikasi Kalendar untuk menjejak acara dan mengurus janji temu anda.
Gunakan kamera untuk mengambil foto dan merakam klip video.
Gunakan aplikasi Kenalan untuk mengurus nombor telefon, alamat e-mel dan
maklumat lain yang berkaitan dengan kenalan anda.
Akses aplikasi, dokumen dan gambar yang anda muat turun.
Gunakan aplikasi E-mel untuk menghantar dan menerima e-mel melalui akaun
peribadi dan korporat.
Gunakan aplikasi Facebook™ untuk terlibat dalam perangkaian sosial dengan
rakan-rakan, ahli keluarga dan rakan sekerja di seluruh dunia.
Semak imbas dan dengar stesen radio FM.
Gunakan aplikasi Album untuk melihat dan mengendalikan foto dan video anda.
Gunakan aplikasi Gmail™ untuk membaca, menulis dan menyusun mesej e-mel.
Cari maklumat pada peranti anda dan di web.
Lihat lokasi semasa anda, cari lokasi lain dan kira laluan menggunakan Google
Maps™.
Pergi ke aplikasi Play Store™ untuk memuat turun aplikasi percuma dan
berbayar untuk peranti anda.
Gunakan aplikasi Pemesejan untuk menghantar dan menerima mesej teks dan
multimedia.
Gunakan aplikasi Video untuk memainkan video pada peranti anda dan
berkongsi kandungan dengan rakan anda.
Gunakan aplikasi Muzik untuk mengurus dan memainkan muzik, buku audio dan
podcast.
Lihat berita dan ramalan cuaca.
Buat panggilan telefon dengan mendail nombor secara manual atau
menggunakan fungsi dail pintar.
Optimumkan tetapan supaya sesuai dengan keperluan anda sendiri.
29
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Gunakan aplikasi Hangouts™ untuk bersembang dengan rakan-rakan dalam
talian.
Kenal pasti trek muzik yang anda dengar berkumandang dalam persekitaran
anda dan dapatkan maklumat artis, album dan maklumat lain.
Gunakan YouTube™ untuk berkongsi dan melihat video dari seluruh dunia.
Gunakan aplikasi Sandaran dan pemulihan untuk menyandarkan dan
memulihkan kandungan pada peranti anda, seperti kenalan, mesej teks,
penanda buku, data kalendar, dsb.
Gunakan aplikasi Smart Connect™ untuk menetapkan perkara yang berlaku
dalam peranti anda semasa anda menyambungkan atau menanggalkan
aksesori.
Pencipta Filem Xperia™ mencipta video pendek sepanjang kira-kira 30 saat
menggunakan foto dan video sedia ada secara automatik. Aplikasi ini
menentukan garis masa secara automatik untuk mencipta filemnya.
Gunakan aplikasi Sokongan untuk mengakses sokongan pengguna dalam
peranti anda. Contohnya, anda boleh mengakses Panduan pengguna, maklumat
penyelesaian masalah, serta petua dan kiat.
Sesetengah aplikasi tidak disokong atau disenaraikan oleh semua rangkaian dan/atau
pembekal khidmat di semua kawasan.
30
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.