Menu skrin utama muzik
Menu skrin utama Muzik memberi anda gambaran keseluruhan semua lagu pada peranti
anda. Dari sini anda boleh uruskan album dan senarai main anda, dan anda boleh
mengatur muzik anda mengikut suasana dan tempo menggunakan saluran SensMe™.
1
Kembali ke skrin utama Muzik
2
Lihat baris gilir main semasa
3
Semak imbas semua artis
4
Semak imbas semua album
5
Semak imbas semua lagu
6
Semak imbas pustaka muzik anda dan menapis mengikut artis, album atau nama lagu
7
Semak imbas semua senarai main
8
Mainkan fail muzik yang dikongsi pada peranti yang lain
9
Lihat semua fail yang dilanggan atau dimuat turun dalam Podcast
10 Buka menu tetapan untuk aplikasi Muzik
11 Urus dan sunting muzik anda menggunakan Spotify
Untuk membuka menu skrin utama Muzik
1
Dari Skrin utama anda, ketik , kemudian cari dan ketik .
2
Seret hujung kiri skrin ke kanan.
Untuk kembali ke skrin utama Muzik
•
Apabila menu skrin utama Muzik dibuka, ketik
Laman Utama.
•
Apabila menu skrin utama Muzik dibuka, ketik pada skrin di sebelah kanan menu.
Untuk mengemas kini muzik anda dengan maklumat terkini
1
Dari menu skrin utama Muzik, ketik
Tetapan.
2
Ketik
Muat turun maklumat muzik > Mula. Peranti anda mencari dalam talian dan
memuat turun seni album terkini yang tersedia dan maklumat lagu untuk muzik
anda.
Untuk memadamkan lagu
1
Dari menu skrin utama Muzik, semak imbas ke lagu yang anda ingin padamkan.
2
Sentuh terus tajuk lagu, kemudian ketik
Padam dalam senarai yang kelihatan.
3
Ketik
Padam sekali lagi untuk mengesahkan.
85
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.