Senarai main
Pada skrin utama Muzik, anda boleh membuat senarai main anda sendiri daripada muzik
yang disimpan pada peranti anda.
Untuk mencipta senarai main anda sendiri
1
Dari skrin utama Muzik, sentuh terus nama album atau lagu yang mahu
ditambahkan pada senarai main.
2
Dalam menu yang terbuka, ketik
Tambah ke senarai main > Wujudkan senarai
main baru.
3
Masukkan nama untuk senarai main dan ketik
OK.
Anda juga boleh mengetik seni album dan kemudian mengetik
Tambah ke senarai main untuk
membuat senarai main baru.
Untuk memainkan senarai main anda sendiri
1
Buka menu skrin utama Muzik, kemudian ketik
Senarai main.
2
Di bawah
Senarai main, pilih senarai main yang hendak dibuka.
3
Jika anda mahu memainkan semua lagu, ketik
Kocok semua.
Untuk menambah lagu pada senarai main
1
Dari skrin utama Muzik, semak imbas ke lagu atau album yang mahu ditambahkan
pada senarai main.
2
Sentuh terus tajuk lagu atau album, kemudian ketik
Tambah ke senarai main.
3
Ketik nama senarai main yang ingin anda tambahkan album atau lagu itu. Album
atau lagu kini ditambahkan ke senarai main.
Untuk mengeluarkan lagu daripada senarai main
1
Dalam senarai main, sentuh terus tajuk lagu yang hendak dipadamkan.
2
Ketik
Padamkn drpd senarai main.
Anda mungkin tidak dapat memadamkan lagu yang disimpan pada kad ingatan atau pada
storan dalaman peranti anda.
Untuk memadamkan senarai main
1
Buka menu skrin utama Muzik, kemudian ketik
Senarai main.
2
Sentuh terus senarai main yang anda ingin padamkan.
3
Ketik
Padam.
4
Ketik
Padam sekali lagi untuk mengesahkan.
Anda tidak boleh memadamkan senarai main pintar.