Sony Xperia Z1 Compact - Memori dan storan

background image

Memori dan storan

Peranti anda mempunyai pelbagai jenis pilihan memori dan storan.

Storan dalaman adalah kira-kira

12 GB dan digunakan untuk menyimpan kandungan

yang dimuat turun atau dipindahkan bersama-sama tetapan dan data peribadi.

Beberapa contoh data yagn disimpan pada storan dalaman ialah tetapan penggera,

kelantangan dan bahasa; e-mel; penanda buku; peristiwa kalendar; foto; video dan

muzik.

Anda boleh menggunakan kad memori boleh tanggal dengan kapasiti storan sehingga

64 GB untuk mendapatkan lebih banyak ruang storan. Fail media dan sesetengah

aplikasi (dengan datanya) boleh dialihkan ke memori jenis ini untuk mengosongkan

storan dalaman. Sesetengah aplikasi, contohnya aplikasi Kamera, boleh menyimpan

data secara langsung ke kad memori.

Memori dinamik (RAM) adalah kira-kira

2 GB dan tidak boleh digunakan untuk storan.

RAM digunakan untuk mengendalikan aplikasi yang berjalan dan sistem pengendalian.

Anda mungkin perlu membeli kad memori secara berasingan.

Baca selanjutnya tentang penggunaan memori dalam peranti Android dengan memuat turun

Kertas putih untuk peranti anda di

www.sonymobile.com/support

.

Mempertingkat prestasi ingatan

Ingatan dalam peranti anda cenderung untuk penuh daripada penggunaan biasa. Jika

peranti mulai perlahan atau aplikasi ditutup secara tiba-tiba, anda hendaklah

mempertimbangkan perkara berikut:

Sentiasa mempunyai storan dalaman kosong melebihi

100 MB dan RAM kosong yang

tersedia melebihi

100 MB.

Tutup aplikasi yang berjalan jika tidak digunakan.

Kosongkan ingatan cache untuk semua aplikasi.

Nyahpasang aplikasi yang dimuat turun yang tidak anda gunakan.

Alihkan aplikasi ke kad memori jika storan dalaman penuh.

Pindahkan foto, video dan muzik dari ingatan dalaman ke kad ingatan.

Jika peranti anda tidak dapat membaca kandungan pada kad ingatan, anda mungkin

perlu memformat kad itu. Sila ambil perhatian bahawa semua kandungan pada kad akan

dipadamkan apabila anda memformatnya.

Jika anda menggunakan peranti dengan berbilang pengguna, anda mesti melog masuk

sebagai pemilik, iaitu pengguna utama, untuk melaksanakan tindakan tertentu seperti

memindahkan data ke kad ingatan dan memformat kad ingatan.

Untuk melihat status ingatan

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Storan.

Untuk melihat jumlah RAM yang bebas dan digunakan

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Aplikasi > Berjalan.

Untuk mengosongkan ingatan cache bagi semua aplikasi

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan >Storan.

3

Ketik

Data cache > OK.

Apabila anda mengosongkan ingatan cache, anda tidak kehilangan sebarang maklumat

penting atau tetapan.

138

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Untuk memindahkan fail media ke kad memori

1

Pastikan anda mempunyai kad memori yang dimasukkan ke dalam peranti anda.

2

Dari Skrin utama anda, ketik .

3

Cari dan ketik

Tetapan > Storan > Pindahkan data ke kad SD.

4

Tandakan jenis fail yang anda mahukan untuk dipindahkan ke kad memori.

5

Ketik

Pemindahan.

Untuk memindahkan aplikasi ke kad ingatan

1

Pastikan bahawa anda mempunyai kad memori yang dimasukkan ke dalam

peranti anda.

2

Dari Skrin utama anda, ketik .

3

Cari dan ketik

Tetapan > Aplikasi.

4

Leret merentasi tab

Pada kad SD. Satu senarai muncul menunjukkan aplikasi

yang boleh dialihkan.

5

Ketik aplikasi yang ingin dipindahkan, kemudian ketik

PINDAHKAN KE KAD SD.

Selepas aplikasi dialihkan, satu kotak semak bertanda muncul di sebelah aplikasi.

Untuk menghentikan aplikasi dan perkhidmatan daripada dijalankan

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Aplikasi > Berjalan.

3

Pilih aplikasi atau perkhidmatan, kemudian ketik

HENTI.

Untuk memformatkan kad memori

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Storan > Hapuskan data kad SD.

3

Untuk mengesahkan, ketik

Hapuskan data kad SD > Padam semua.

Semua kandungan pada kad memori dipadamkan apabila anda memformatkannya. Pastikan

anda membuat sandaran semua yang anda mahu simpan sebelum memformat kad memori.

Untuk membuat sandaran kandungan, anda boleh menyalinnya ke komputer. Untuk maklumat

lanjut, lihat