Sony Xperia Z1 Compact - Menggunakan peranti anda dalam keadaan basah dan berdebu

background image

Menggunakan peranti anda dalam keadaan basah dan berdebu

Untuk memastikan kekalisan peranti anda terhadap air, semua penutup, termasuk penutup

untuk port USB mikro, slot kad SIM dan slot kad memori, mestilah ditutup rapat.

Telefon pintar anda adalah kalis air dan tahan debu yang mematuhi penarafan

Perlindungan Ingress (IP) IP55 dan IP58, seperti yang diterangkan dalam jadual di

bawah. Untuk melihat maklumat IP yang lebih khusus tentang peranti anda, pergi ke

www.sonymobile.com/global-en/legal/testresults/

dan klik pada nama peranti yang

berkenaan.
Penarafan IP khusus ini bermaksud peranti anda tahan debu dan dilindungi daripada

aliran air bertekanan rendah serta daripada kesan perendaman selama 30 minit dalam air

tawar (tidak masin) sehingga kedalaman 1.5 meter.
Anda boleh menggunakan peranti anda:

dalam persekitaran yang berdebu, contohnya, di pantai yang berangin.

apabila jari anda basah.

dalam sesetengah keadaan cuaca melampau, contohnya, semasa bersalji atau hujan.

dalam air tawar (tidak masin) sedalam 1.5 meter atau kurang, contohnya, dalam tasik air

tawar atau sungai.

dalam kolam renang yang berklorin.
Walaupun peranti anda tahan debu dan air, anda harus mengelakkan daripada

mendedahkannya tanpa sebab pada persekitaran yang terdapat debu berlebihan, pasir

dan lumpur atau persekitaran lembap dengan suhu tinggi atau rendah yang melampau.

Keupayaan kalis air port USB mikro, slot kad SIM, slot kad ingatan dan bicu set kepala

tidak dapat dijamin dalam semua persekitaran atau keadaan.
Jangan rendam peranti anda dalam air masin atau membiarkan port USB mikro atau

bicu set kepala terkena air masin. Contohnya, jika anda berada di pantai, jangan lupa

untuk memastikan peranti anda berada jauh daripada air laut. Juga, jangan dedahkan

peranti pada sebarang bahan kimia cecair. Contohnya, jika anda membasuh pinggan

mangkuk dengan tangan menggunakan sabun cecair, elakkan peranti anda bersentuhan

dengan sabun. Selepas terdedah kepada bukan air tawar, bilas peranti anda

menggunakan air tawar.
Haus dan lusuh biasa berserta dengan kerosakan pada peranti anda boleh

mengurangkan keupayaannya untuk tahan debu atau kelembapan. Selepas

menggunakan peranti dalam air, keringkan kawasan di sekitar semua penutup, termasuk

penutup untuk port USB mikro, slot kad SIM dan slot kad ingatan.
Jika pembesar suara atau mikrofon basah, fungsinya mungkin terjejas sehingga air telah

benar-benar kering. Sila ambil perhatian bahawa masa pengeringan boleh mencapai

sehingga tiga jam bergantung kepada keadaan persekitaran. Walau bagaimanapun,

anda boleh, pada waktu ini, menggunakan ciri lain dalam peranti yang tidak

menggunakan pembesar suara atau mikrofon. Semua aksesori yang serasi, termasuk

bateri, pengecas, peranti bebas tangan dan kabel USB mikro, masing-masing tidak kalis

air dan tahan debu.
Waranti anda tidak meliputi kerosakan atau kecacatan yang disebabkan oleh

penyalahgunaan atau penggunaan tidak wajar peranti anda (termasuk penggunaan

dalam persekitaran yang melebihi batasan penarafan IP berkaitan). Jika anda mempunyai

sebarang soalan lanjut mengenai penggunaan produk anda, rujuk Khidmat sokongan

pelanggan kami untuk bantuan. Juga, untuk maklumat waranti, rujuk

Maklumat penting

yang boleh diakses melalui Panduan persediaan dalam peranti anda.

145

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.