Mempertingkatkan output bunyi
Anda boleh mempertingkatkan bunyi peranti anda dengan mendayakan tetapan bunyi
individu secara manual seperti bunyi Penyama dan Sekeliling. Anda juga boleh
mendayakan penormal Dinamik untuk meminimumkan perbezaan kelantangan antara
lagu atau video.
Untuk mempertingkatkan output bunyi secara manual
1
Dari skrin Utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Bunyi & pemberitahuan > Tetapan audio.
3
Seret penggelangsar di sebelah
ClearAudio+ ke kanan.
Untuk melaraskan tetapan bunyi secara manual
1
Dari skrin Utama, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Bunyi & pemberitahuan > Tetapan audio.
3
Seret penggelangsar di sebelah
ClearAudio+ ke kiri.
4
Ketik
Kesan bunyi > Penyama.
5
Laraskan bunyi secara manual dengan menyeret butang jalur frekuensi ke atas
atau ke bawah.
Pelarasan manual tetapan output bunyi tiada kesan ke atas aplikasi komunikasi suara.
Contohnya, tiada perubahan dalam kualiti bunyi panggilan suara.
52
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Untuk meminimumkan perbezaan kelantangan menggunakan penormal Dinamik
1
Dari skrin Utama, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Bunyi & pemberitahuan > Tetapan audio.
3
Seret penggelangsar di sebelah
Penormal dinamik ke kanan.